Thursday, 29 March 2018

MATRICULATION OR FORM 6???


Assalamualaikum semua. Hari ini saya  ingin mengupas tajuk Matriculation or Form 6?
Buat pengetahuan semua saya ialah pelajar matrikulasi Melaka. Sebenarnya korang belajar di mana-mana pun sama je. Bezanya subjek ,guru-guru , rakan-rakan dan persekitaran. Saya jenis kalau kau belajar kat luar Negara pon tapi tak usaha sama je akan gagal juga. Pokok pangkalnya diri korang sendiri nak belajar atau taknak. Sebaiknya belajar lah hingga ke menara gading untuk bangga kan parent korang yang dah besarkan korang kan dan untuk diri kau sendiri juga pada masa depan.

Firstly, aku cerita about matric. Kat matric ni kau memang akan jauh dari parent korang sebab balik sebulan sekali je tu pon 3 hari je , aku pon sedih gak laa…tapi sebab aku rasa itu terbaik untuk diri sendiri, kalau asyik homesick je bila boleh belajar kan. Nanti kau masuk sini kau akan rasa akan dapat keluarga baru sebab lecturer semua baik and diibaratkan macam parent kau dah and classmates kau macam siblings korang juga. Tambahan lagi, yang best nya aku rasa sebab kau akan dapat bilik yang boleh memuatkan 4 orang sahaja, best tau sebab kalau dekat asrama sekolah kau kene duduk dalam dorm ramai-ramai kan. Kat matric ni aku belajar uruskan kewangan sendiri sebab kalau duduk asrama bayar yuran makan sekali je sebulan and kau akan dapat makan 6 kali sehari tapi kat matric ni kau akan rasa seksa nya duit habis nak makan huhuhu…apa2 pun aku sangat gembira dapat belajar kat matric sebab dia macam peluang kedua lepas spm sebab spm aku agak barai jugak. Btw, kelas kuliah kat matric aircond tau best …hehehe…

Untuk form 6 lak, bagi korang yang nak masuk aku cadangkan siap sedia dari segi mental dan fizikal lah sebab subjek dia tough jugak laa..as you all know stpm are the hardest examination in Malaysia right? But korang akan senang dapat kerja la sebab banyak company iktiraf sijil stpm. Then, korang akan dapat selalu balik rumah. Yang aku tak berapa nak minat pasal form 6 ni ialah kena pergi sekolah juga walaupon tak pakai baju sekolah tapi still environment nya macam sekolah , aku malas nak ke sekolah ni hehehe…walaupon begitu , korang kena lah belajar betul2 sebab menuntut ilmu ni kan fardhu ain.

Yang paling penting sekali kuatkan jati diri korang memasing sebab makin bertambah umur makin banyak masalah dan cabaran yang korang kena hadapi dengan bijak dan matang and jangan menyusahkan rakan2 jika kerja berkumpulan. Jangan lupa Tanya khabar parents korang and jangan lupa minta restu pada parent korang and guru2. Hormat guru and jaga adab menuntut ilmu itu agar korang lebih Berjaya. Ingat gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.

Akhir kalam aku doakan semua jangan putus asa jika tempat korang belajar and course yang korang dapat tu bukan yang korang minat , teruskan la juga belajar. Boleh jadi ape yang korang suka itu merupakan musibah dalam hidup korang and apa yang korang tak suka tu bole jadi benda paling memanfaatkan dalam hidup korang.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.       Setelah hampir 6 minggu duduk di rumah akibat pkp ini, mesti ramai yang suka mencu...