Friday, 1 May 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.
      Setelah hampir 6 minggu duduk di rumah akibat pkp ini, mesti ramai yang suka mencuba resepi-resipi baru bukan? Tidak terkecuali juga saya. Pelbagai masakan telah saya cuba bersama mama dan adik-adik saya.
      Oleh itu, pada hari ini saya ingin berkongsi masakan kegemaran saya pada hari ini sebagai juadah berbuka puasa. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak bagi semua umat Islam di seluruh dunia.
      Masakan yang akan saya kongsi pada hari ialah Ayam Buttermilk. Selalu bila beli mesti tak puas makan bukan? Maka, marilah kita buat sama-sama kerana bahan-bahannya juga mudah dan senang didapati.




AYAM BUTTERMILK

Bahan:
1/2 ekor ayam- dipotong kecil
1 tangkai daun kari
1 biji bawang Holand
3 ulas bawang putih
600ml susu segar / 1 tin susu cair
6 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1 biji telur ayam
1 kotak kecil tepung menggoreng ayam
2 keping cheese cheddar (cheese slice)
4 sudu marjerin atau butter
Garam secukup rasa


Cara memasak:
1. Perap ayam dengan telur, tepung menggoreng ayam dan secubit garam.
2. Goreng ayam sehingga kekuningan dan masak.
3. Masukkan marjerin dan tumis bawang Holand, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau wangi.
4. Kemudian, masukkan susu segar dan tunggu hingga menggelegak.
5. Masukkan 2 keping cheese dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sebati.
7. Tambahkan garam secukup rasa.
8. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan bagi berbuka puasa.


p/s: Saya cadangkan pembaca membeli susu segar FN Magnolia kerana rasanya lebih lemak berbanding guna susu segar jenama lain.

Sekian perkongsian resepi saya pada hari ini. Mudah dan cepat bukan untuk menyiapkannya. Jadi selamat mencuba ye semua. Sebarang kesilapan harap maafkan saya ya.
Di bawah saya kongsikan video yang sempat adik saya rakam sambil saya memasak tadi.
ENJOYYYYY!!!!



Terima kasih dan selamat malam.
:)


Saturday, 7 March 2020

Hai semua...lama tak update kat blog sendiri...hehehe
Jadi hari ini saya nak share gambar2 yang saya tangkap sendiri..walau tak cantik but please enjoy okay....






So semua gambar ni ditangkap di UKM dan The Gardens.

sekian bye korang

Thursday, 5 April 2018

MY IDOL

hai semua...hari ni aku akan ceritakan MY IDOL.

semua mesti ada idola memasing kan. idola ini menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk diri sendiri. bagi aku, aku tiada spesifik idola. kalau aku rasa seseorang itu mempunyai sikap2 atau kejayaan yang boleh dicontohi, aku akan ikut dan ambil semangatnya. antara idola aku ialah Maher Zain, seorang penyanyi lagu islamik di luar negara. aku amat meminati beliau kerana lagu2 yang dinyanyikan amat sedap dan sesuai dengan kehidupan seorang islam di atas muka bumi ini.lagu2 nya juga banyak memberikan nilai2 murni yang amat baik dan perlu dicontohi.

selain itu, idola aku ialah pensyarah matematik aku sendiri di kmm iaitu En. Mohd Fadzli b Abdul Satar. aku meminati beliau kerana dia amat2 bersemangat dalam menjayakan sesuatu. dia juga seseorang yang amat menjaga masa. bagi beliau masa amat berharga dan oleh itu beliau akan sentiasa melakukan apa2 kerja jika ade masa kosong. beliau juga merupakan pemberi semangat untuk aku terus berada di kmm . beliau banyak memberi nasihat yang menyentuh jiwa ragaku. info menarik mengenai beliau ialah beliau sebaya papa aku iaitu 40 tahun pada thn ini(2018). oleh itu, beliau seperti ayah aku juga la...heheheh

sekian itu sahaja mengenai idola aku. kesimpulannya, perkara baik diamalkan dan perkara yang buruk tinggalkan. nescaya kelak hidup anda akan lebih baik. lakukan perkara yang lebih dari semalam. ALWAYS GIVE THE BEST TO GET THE BEST.

Thursday, 29 March 2018

MATRICULATION OR FORM 6???


Assalamualaikum semua. Hari ini saya  ingin mengupas tajuk Matriculation or Form 6?
Buat pengetahuan semua saya ialah pelajar matrikulasi Melaka. Sebenarnya korang belajar di mana-mana pun sama je. Bezanya subjek ,guru-guru , rakan-rakan dan persekitaran. Saya jenis kalau kau belajar kat luar Negara pon tapi tak usaha sama je akan gagal juga. Pokok pangkalnya diri korang sendiri nak belajar atau taknak. Sebaiknya belajar lah hingga ke menara gading untuk bangga kan parent korang yang dah besarkan korang kan dan untuk diri kau sendiri juga pada masa depan.

Firstly, aku cerita about matric. Kat matric ni kau memang akan jauh dari parent korang sebab balik sebulan sekali je tu pon 3 hari je , aku pon sedih gak laa…tapi sebab aku rasa itu terbaik untuk diri sendiri, kalau asyik homesick je bila boleh belajar kan. Nanti kau masuk sini kau akan rasa akan dapat keluarga baru sebab lecturer semua baik and diibaratkan macam parent kau dah and classmates kau macam siblings korang juga. Tambahan lagi, yang best nya aku rasa sebab kau akan dapat bilik yang boleh memuatkan 4 orang sahaja, best tau sebab kalau dekat asrama sekolah kau kene duduk dalam dorm ramai-ramai kan. Kat matric ni aku belajar uruskan kewangan sendiri sebab kalau duduk asrama bayar yuran makan sekali je sebulan and kau akan dapat makan 6 kali sehari tapi kat matric ni kau akan rasa seksa nya duit habis nak makan huhuhu…apa2 pun aku sangat gembira dapat belajar kat matric sebab dia macam peluang kedua lepas spm sebab spm aku agak barai jugak. Btw, kelas kuliah kat matric aircond tau best …hehehe…

Untuk form 6 lak, bagi korang yang nak masuk aku cadangkan siap sedia dari segi mental dan fizikal lah sebab subjek dia tough jugak laa..as you all know stpm are the hardest examination in Malaysia right? But korang akan senang dapat kerja la sebab banyak company iktiraf sijil stpm. Then, korang akan dapat selalu balik rumah. Yang aku tak berapa nak minat pasal form 6 ni ialah kena pergi sekolah juga walaupon tak pakai baju sekolah tapi still environment nya macam sekolah , aku malas nak ke sekolah ni hehehe…walaupon begitu , korang kena lah belajar betul2 sebab menuntut ilmu ni kan fardhu ain.

Yang paling penting sekali kuatkan jati diri korang memasing sebab makin bertambah umur makin banyak masalah dan cabaran yang korang kena hadapi dengan bijak dan matang and jangan menyusahkan rakan2 jika kerja berkumpulan. Jangan lupa Tanya khabar parents korang and jangan lupa minta restu pada parent korang and guru2. Hormat guru and jaga adab menuntut ilmu itu agar korang lebih Berjaya. Ingat gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.

Akhir kalam aku doakan semua jangan putus asa jika tempat korang belajar and course yang korang dapat tu bukan yang korang minat , teruskan la juga belajar. Boleh jadi ape yang korang suka itu merupakan musibah dalam hidup korang and apa yang korang tak suka tu bole jadi benda paling memanfaatkan dalam hidup korang.

Thursday, 22 March 2018

MY FUTURE BUSINESS PLAN


My Future Business Plan

Hari ini aku akan ceritakan ‘My Future Business Plan’. Since my family ade business sendiri iaitu meniaga di pasar malam, aku nak mengembangkan perniagaan family aku. Aku kalau    boleh nak buka sebuah restoran yang diberi nama Restoran NorFA. So, my Mama akan jadi main chef and akan manage akaun restoran. Aku akan invest untuk buka restoran ini. Adikku angah juga akan masak bersama-sama mama aku kerana dia sangat pandai memasak masakan melayu manakala papa ku akan uruskan restoran ini sebaik yang mungkin. Aku juga akan mengajak rakan-rakan yang tidak bekerja untuk bekerja bersama ku. Meniaga memang sangat dituntut dalam Islam so aku ingin laksanakannya untuk menambah rezeki keluargaku.

So that is my first plan. Next we go to my second plan.


Thursday, 15 March 2018

singing competition

On semester 1 at kolej matrikulasi melaka,aku dan roommate ade sertai satu pertandingan nyanyian sempena minggu bahasa inggeris. Aku rasa teruja sangat untuk menyertai pertandingan itu kerana bagi ku tak semua orang boleh menyanyi di depan orang ramai dan aku mengambilnya sebagai cabaran untuk diriku sendiri.

Untuk pusingan pertama, aku dan roommates dapat lagu You Raise Me Up.
Aku tak sangka dapat ke pusingan seterusnya...hehehehe
Untuk pusingan akhir aku dan roommate memilih lagu Set Fire To The Rain sebab aku suka lagu tu...hihihi

Tapi kami tak berjaya memenangi apa2 tempat. Walaubagaimana pun, aku gembira menyertai pertandingan itu. Pertandingan itu telah menjadi salah satu memori terindah sepanjang bergelar pelajar kmm. Terima kasih juga buat my roommate kerana mengheret diriku sertai pertandingan itu. Lupa pula nak bagitahu, roommate aku bernama Syarifah Nur Faiqah.


semasa tunggu turn nak nyanyi

with my roommate

i love her so much

you are babe

nampak ayu sikit...hehehe

we love each other

persembahan terakhir

final competition


p/s:aku memang suka nyanyi...

Thursday, 8 March 2018

uuuuuuu....hari ini saya share lirik lagu kegemaran saya iaitu


Aiman - Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Chorus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang Chorus
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan




saya suka lagu ini sebab meaningful...enjoy the video from the Youtube okay...:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.       Setelah hampir 6 minggu duduk di rumah akibat pkp ini, mesti ramai yang suka mencu...