Setelah hampir 6 minggu duduk di rumah akibat pkp ini, mesti ramai yang suka mencuba resepi-resipi baru bukan? Tidak terkecuali juga saya. Pelbagai masakan telah saya cuba bersama mama dan adik-adik saya.
Oleh itu, pada hari ini saya ingin berkongsi masakan kegemaran saya pada hari ini sebagai juadah berbuka puasa. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak bagi semua umat Islam di seluruh dunia.
Masakan yang akan saya kongsi pada hari ialah Ayam Buttermilk. Selalu bila beli mesti tak puas makan bukan? Maka, marilah kita buat sama-sama kerana bahan-bahannya juga mudah dan senang didapati.
AYAM BUTTERMILK
Bahan:
1/2 ekor ayam- dipotong kecil
1 tangkai daun kari
1 biji bawang Holand
3 ulas bawang putih
600ml susu segar / 1 tin susu cair
6 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1 biji telur ayam
1 kotak kecil tepung menggoreng ayam
2 keping cheese cheddar (cheese slice)
4 sudu marjerin atau butter
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan telur, tepung menggoreng ayam dan secubit garam.
2. Goreng ayam sehingga kekuningan dan masak.
3. Masukkan marjerin dan tumis bawang Holand, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau wangi.
4. Kemudian, masukkan susu segar dan tunggu hingga menggelegak.
5. Masukkan 2 keping cheese dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sebati.
7. Tambahkan garam secukup rasa.
8. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan bagi berbuka puasa.
p/s: Saya cadangkan pembaca membeli susu segar FN Magnolia kerana rasanya lebih lemak berbanding guna susu segar jenama lain.
Sekian perkongsian resepi saya pada hari ini. Mudah dan cepat bukan untuk menyiapkannya. Jadi selamat mencuba ye semua. Sebarang kesilapan harap maafkan saya ya.
Di bawah saya kongsikan video yang sempat adik saya rakam sambil saya memasak tadi.
ENJOYYYYY!!!!
Terima kasih dan selamat malam.
:)
