Thursday, 5 April 2018

MY IDOL

hai semua...hari ni aku akan ceritakan MY IDOL.

semua mesti ada idola memasing kan. idola ini menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk diri sendiri. bagi aku, aku tiada spesifik idola. kalau aku rasa seseorang itu mempunyai sikap2 atau kejayaan yang boleh dicontohi, aku akan ikut dan ambil semangatnya. antara idola aku ialah Maher Zain, seorang penyanyi lagu islamik di luar negara. aku amat meminati beliau kerana lagu2 yang dinyanyikan amat sedap dan sesuai dengan kehidupan seorang islam di atas muka bumi ini.lagu2 nya juga banyak memberikan nilai2 murni yang amat baik dan perlu dicontohi.

selain itu, idola aku ialah pensyarah matematik aku sendiri di kmm iaitu En. Mohd Fadzli b Abdul Satar. aku meminati beliau kerana dia amat2 bersemangat dalam menjayakan sesuatu. dia juga seseorang yang amat menjaga masa. bagi beliau masa amat berharga dan oleh itu beliau akan sentiasa melakukan apa2 kerja jika ade masa kosong. beliau juga merupakan pemberi semangat untuk aku terus berada di kmm . beliau banyak memberi nasihat yang menyentuh jiwa ragaku. info menarik mengenai beliau ialah beliau sebaya papa aku iaitu 40 tahun pada thn ini(2018). oleh itu, beliau seperti ayah aku juga la...heheheh

sekian itu sahaja mengenai idola aku. kesimpulannya, perkara baik diamalkan dan perkara yang buruk tinggalkan. nescaya kelak hidup anda akan lebih baik. lakukan perkara yang lebih dari semalam. ALWAYS GIVE THE BEST TO GET THE BEST.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.       Setelah hampir 6 minggu duduk di rumah akibat pkp ini, mesti ramai yang suka mencu...